Aktivis kumpulan hak asasi wanita di Kabul, Afghanistan melancarkan protes pada Sabtu terhadap Taliban sempena setahun kumpulan itu memerintah negara berkenaan.<br /><br />Wanita berarak di jalanan sekitar Kabul dengan melaungkan gesaan mahukan kerja dan kebebasan susulan larangan Taliban mengenai wanita tidak dibenarkan belajar dan bekerja.
